Majlis Pelancaran Nokia Di Moscow Pagi Nanti

Nokia sebuah nama gergasi yang sedang meningkat naik kerana satu ketika dahulu, Nokia pernah berada di puncak untuk pasaran telefon bimbit pengguna kemudian jatuh apabila dunia mula bertukar ke telefon pintar.

Selepas beberapa pengalihan, Nokia kini tampil semula untuk memberikan saingan kepada pengeluar-pengeluar lain. Jenama tersebut kini berada di tempat ke-11 bagi kategori telefon pintar di seluruh dunia.

Nokia juga telah mengumumkan sesuatu akan berlaku pada pagi nanti apabila majlis mereka di Moscow akan dilancarkan. Tidak dapat dipastikan apa yang Nokia akan keluarkan pada majlis tersebut .

Berita ini dikongsikan oleh Nokia melalui akaun twitter mereka dan Ketua Produk HMD Global juga tidak mahu mendedahkan apa yang Nokia akan buat pada majlis tersebut.

https://twitter.com/Nokiamobile/status/1000035503561957381

Barangkali, HMD Global mahu mengeluarkan versi peranti mereka terdahulu seperti Nokia 2, 3 dan 5 seperti apa yang mereka lakukan sebelum ini untuk Nokia 6, 7 dan 8. Apa-apa pun, kita saksikan esok pagi apa yang berlaku pada majlis tersebut.