Mainkan Muzik Youtube Tanpa Perlu membuka Aplikasinya

Youtube sememangnya terdapat pelbagai lagu yang terkini dan menarik, namun sayangnya apabila ingin didengar pada peranti pintar, ianya terhad pada aplikasinya sahaja.

Maka secara tidak langsung ianya akan mengganggu kebolehan peranti untuk "multi tasking" . Berikut kami kongsikan cara untuk mendengar lagu daripada Youtube pada latar belakang peranti tanpa perlu membuka aplikasinya.

Pertama sekali buka aplikasi pelayar Chrome pada Android dan masuk ke alamat www.youtube.com

seterusnya klik pada menu tiga titik pada penjuru sebelah kanan pelayar dan tandakan pada kotak "Request dektop Site".



 

Anda akan dibawa ke laman youtube versi Desktop yang mana susun atur antaramukanya akan berubah seolah - olah menggunakan PC.



 

Kemudian mainkan mana - mana lagu yang anda berkenan dan tekan pada tombol Home peranti. anda akan dapati lagu tersebut akan berhenti dimainkan.

Untuk memainkannya semula, skroll pada notification menu dan tekan tombol "Play" maka lagu tersebuat akan terus dimainkan pada latar belakang peranti. Selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan