Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Doodle

Main Permainan Google Doodle Ini Sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020

Diterbitkan Julai 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti biasa, Google sentiasa mengemaskini logo pada halaman utama di enjin cariannya setiap kali mempunyai peristiwa dan sebagainya.

Memandangkan sekarang demam Olimpik kembali, Google turut serta dengan memperkenalkan permainan Doodle yang dinamakan Doodle Champion Island Games.

Main Permainan Google Doodle Ini Sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020

Permainan interaktif ini mengambil tema sukan-sukan yang dipertandingkan di Olimpik berbentuk 16-bit dan terdapat tujuh “mini-games” yang anda boleh cuba seperti papan luncur, ping pong, memanah dan banyak lagi.

Main Permainan Google Doodle Ini Sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020

Anda akan bermain sebagai kucing ninja yang bernama Lucky dan akan berentap dalam permainan tersebut untuk menjadi yang terhandal.

Permainan yang dibangunkan STUDIO4°C ini sudah boleh dimainkan sekarang. Jadi, bagi menghilangkan rasa bosan pada hujung minggu, bolehlah mencubanya.

Sumber: Google

Baca juga artikel berkaitan:

  • Atlet Ke Sukan Olimpik Tokyo Terima Samsung Galaxy S21 5G Edisi Olimpik
  • Ini Adalah Tren Terpantas Dunia, Jarak 1200km Hanya Ambil Masa 2.5 Jam
  • Tiada Lagi PES, Kini Jadi eFootball – Permainan Percuma Untuk Semua Platform

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY