Ini Telefon Paling Sesuai Untuk Kaki PUBG Mobile

Tidak dinafikan telefon gaming dari pelbagai jenama semakin memeriahkan industri gaming mudah alih. Berbagai variasi, percubaan dan experimentasi yang dilaksanakan untuk memuaskan hati golongan tegar peminat telefon gaming ini.

Antara ciri inovatif yang disertakan pada telefon gaming adalah butang tambahan sebagai input. Untuk Black Shark, pada tahun lepas mereka telah menjadi jenama pertama menggunakan butang fizikal secara mekanikal melalui Black Shark 3.

Ciri ini masih lagi diteruskan pada Black Shark 4 yang terbaharu melengkapkan pengalaman gaming dengan spesifikasinya yang sesuai.



Menyentuh spesifikasi terlebih dahulu, Black Shark 4 didatangkan dengan Snapdragon 870, RAM sehingga 12GB, storan sehingga 256GB, skrin 144HZ AMOLED 6.67 inci, kamera belakang 48MP+8MP+5MP, swafoto 20MP, bateri 4,500mAh, dan pengecasan 120W.



Pada Black Shark 4, butang fizikal ini boleh disimpan dan dikeluarkan melalui suis gelungsur bersebelahannya.

Butang fizikal ini dikeluarkan menerusi mekanism magnetik yang dipanggil Black Shark sebagai "Magnetic Pop-Up".



Untuk sokongan permainan yang boleh dimainkan dengan butang fizikal ini, ia tidak menjadi masalah kerana pengguna boleh memadankan butang kepada apa-apa permainan melalui tetapan dalam aplikasi Game Shark.

Pengalaman memainkan permainan menggunakan butang fizikal ini juga jauh berbeza dari cara konvensional kerana posisi jari yang lebih natural.



Dipadankan dengan saiz fizikal Black Shark 4 yang tidak terlalu besar, memainkan permainan lebih imersif berbanding menggunakan telefon gaming bersaiz besar.

Buat masa ini, jika anda mencari pengalaman bermain permainan seperti PUBG Mobile dengan menggunakan butang fizikal, Black Shark 4 adalah merupakan penyelesaiannya.

Dengan menambah 2 butang fizikal pada bahagian kiri dan kanan bahu telefon, ia membawa pengalaman bermain kepada satu tahap yang lebih tinggi berbanding bermain dengan kaedah tradisional.



Salah satu ciri menarik baharu yang diperkenalkan oleh Black Shark 4 adalah ia didatangkan dengan pengecasan pantas 120W. Jika anda merasakan pengecasan yang ada pada telefon pintar di pasaran sekarang belum cukup laju, boleh cuba Black Shark 4 yang boleh memenuhkan kapasiti bateri 4,500mAh dalam masa 15 minit sahaja.

Untuk yang berminat dengan siri Black Shark 4, anda boleh memilikinya bermula RM2,300 secara rasmi di kedai seluruh Malaysia melalui pautan ini -  https://bit.ly/3aIbQKg.

Sebagai selingan, Mobile Legends Professional League Malaysia Musim-7 bakal menghimpunkan 10 pasukan untuk merebut hadiah terkumpul bernilai $100,000.

Bersama-sama Black Shark pada 28, 29, dan 30 Mei ini untuk menyaksikan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara di halaman Facebook MPL Malaysia.



2 pasukan teratas dari MPL Malaysia akan mewakili Malaysia ke kejohanan Asia Tenggara, MSC 2021 yang bakal berlangung pada Jun ini.

Ini juga adalah merupakan perlawanan MPL kendiri pertama dimana pasukan Singapura tidak akan bertanding dengan pasukan Malaysia. Tambahan, format baharu akan diubah untuk perlawanan ini.

Diharapkan liga ini akan memberi sinar dan harapan kepada Malaysia dan juga pemain-pemain dengan kejayaan mereka.

*Artikel ini dibawakan oleh Black Shark Malaysia