Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Main Mod Multi-pemain Gun Game Di COD Mobile

Main Mod Multi-pemain Gun Game Di COD Mobile

Diterbitkan Oktober 17, 2019 ยท Dikemas kini Oktober 17, 2019 oleh Meor Hasyim

Sehingga 15 November, anda berpeluang untuk bermain mod masa terhad Gun Game. Gun Game sebelum ini merupakan mod klasik di dalam siri francais Call Of Duty.

Ia merupakan mod multi-pemain yang menempatkan 10 pemain melawan antara satu sama lain. Objektif permainan adalah untuk mendapat 200 markah ataupun 20 ‘kill’ – 1 ‘kill’ bersamaan dengan 10 markah.

Akan tetapi, untuk setiap ‘kill’, senjata akan ditukar secara automatik. Untuk mendapatkan 200 markah, anda terpaksa bermain dengan berbagai-bagai senjata termasuklah senapang, pistol, pelancar roket dan sebagainya.

Main Mod Multi-pemain Gun Game Di COD Mobile

Menambahkan lagi cabaran, untuk ‘kill’ yang terakhir, anda perlu menggunakan pisau sahaja sebagai senjata. Selain itu, tempoh masa bermain mod Gun Game adalah 10 minit.

Buat masa ini, saya masih belum menjumpai mod ini sedia untuk dimainkan pada peranti saya. Sama-sama kita nantikan kemaskini mod baharu ini untuk dimainkan dalam masa terdekat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY