Main Game Rocket League Di Android & iOS, Boleh Tahan Syok Game Ni

Pernah main Rocket League? Jika ditanya pada golongan gamer PC atau konsol, memang kenal sangat lah game bola sepak sambil drive kereta ni.

Disebabkan game ini sangat popular, akhirnya ia telah dibawa untuk bertemu peminat mudah alih untuk Android dan iOS pula dinamakan Rocket League: Sideswipe.

Kapsyen: Rocket League: Sideswipe


Pertamanya game ini berbeza dengan suasana terbuka pada PC/konsol kerana ia lebih ringkas. Namun, pengalaman huru-hara dan teruja itu masih ada.

Terlebih dahulu permainan ini bersaiz 696MB, tak besar sangat, tetapi tak juga kecil sangat.

Kapsyen: Saiz permainan di Android 696MB


Selesai memuat turun permainan, cara untuk bermain secara atas talian adalah melalui Epic Games dan boleh pilih untuk main secara offline untuk bertumbuk dengan Bot.

Kapsyen: Pilihan main secara online atau offline


Pada permulaan anda diberi 2 pilihan kenderaan iaitu Merc (van) atau Octane (kereta lumba). Pilihan adalah berpandukan citarasa dan aestetik semata-mata.



Jadi, anda boleh ubahsuai beberapa aspek kenderaan seperti pelekat, tayar, 'topi', asap kereta, letupan gol, dan sudah tentulah cat kereta itu sendiri.

Kapsyen: Pengubahsuaian aestatik kenderaan


Jika bermain secara online, terdapat 3 pilihan mod iaitu:

  • 1V1

  • 2v2 berpasukan

  • Hoops 2v2 berpasukan


Kapsyen: Mod permainan online


Konsep permainan adalah sama sahaja dengan Rocket League versi PC/konsol iaitu memasukkan bola ke dalam gol. Namun untuk menyesuaikan dengan persekitaran mudah alih, permainan lebih simplified dan tiang gol sedikit berbeza iaiatu di bahagian sisi.



Untuk mod Hoops pula, tiang gol sama seperti permainan bola keranjang yang mana pemain perlu memasukkan bola ke dalam bakul. Bagi saya Hoops lebih meriah kerana memerlukan pemain melompat untuk memasukkan gol berbanding mod klasik biasa.

Kapsyen: Mod Hoops


Untuk kawalan, seperti biasa ada pad arah, lompat, dan boost untuk mengemudi kenderaan. Seni dan keseronokan permainan ini terletak pada bagaimana anda membawa kenderaan ke tiang gol, ada yang berlipat berpusing-pusing baru masuk gol, ada juga yang tak payah terbang terus boost. Yang penting pihak lawan akan sentiasa menghalang anda dari menjayakan misi anda. Silap-silap boleh tergol sendiri. Takpe mengaku je.



Tempoh permainan juga sangat sebentar iaitu 2 minit, yang mana bagi saya sangat bagus memandangkan, sepatutnya tak perlu lama-lama pun kerana permainan ini bersifat santai sahaja.

Permainan ini memang tidak berat mana, disebabkan 'dunianya' yang kecil dan tidak banyak pergerakan. Malahan permainan tidaklah sekompleks PUBG Mobile apatah lagi Genshin Impact dengan dunia terbuka 3D yang berat. Keseluruhan animasi dan efek sememangnya sangat lancar. Ini satu aspek yang saya minat kerana ia seumpama permainan yang betul-betul diberikan perhatian oleh pembangunnya.



Melalui tetapan, pilihan grafik permainan adalah sehingga High, tetapi disebabkan ia adalah permainan yang ringan sahaja, Pixel 4a saya yang menggunakan Snapdragon 730G masih mampu memainkan permainan 60fps secara konsisten tanpa lekat-lekat.



Keseluruhan, Rocket League adalah merupakan permainan santai yang menyeronokkan. Walaupun ia tidak sama seperti versi PC/konsol, aspek 'fun' yang menjadi sebab mengapa pemain begitu suka dengan francais Rocket League itu masih tetap ada. Sejujurnya, lebih logik jika ia dibuat secara sidescrolling kerana jika mahu mewujudkan versi sama seperti PC/konsol, memang sangat tidak sesuai dan menjadikan permainan lebih sukar dan kompleks untuk dikawal menggunakan jari.