Mahukan WiFi Laju Ketika Bercuti? Ini Cara Semak Kelajuan Hotel Sebelum Buat Tempahan

Saat membaca artikel ini, anda mungkin sedang bersenang-senang dengan keluarga di sebuah hotel yang selesa dengan segala kelengkapan. Tetapi mungkin ada diantara anda yang kecewa dengan perkhidmatan internet yang disediakan.

Walaupun bercuti, kebanyakkan daripada kita masih memerlukan internet untuk mengakses beberapa perkara. Mungkin capaian telco anda kurang baik di lokasi percutian dan sudah pasti anda mengharap hotel yang diinapi menyediakan internet yang baik.

Bagi membantu anda memilih hotel dengan perkhidmatan internet dengan kelajuan yang baik, Hotel WiFi Test mungkin jalan penyelesaiannya.



Melalui laman Hotel WiFi Test, anda boleh buat carian berdasarkan nama hotel atau lokasi. Paparan akan menunjukkan kelajuan anggaran hotel disamping menyatakan ia adalah percuma ataupun berbayar.

Jika anda sedang merancang untuk bercuti dengan perkhidmatan internet yang memuaskan hati, anda boleh buat carian maklumat di Hotel WiFi Test.