Mahukan Instagram Stories Anda Lebih Menarik? Cuba Guna 3 Aplikasi Ini

Sejak Instagram Stories mula diperkenalkan, pengguna Instagram menggunakan ciri itu sebagai ruang untuk berkongsi gambar dan video berdurasi 15 saat.

Ada yang berkongsi tentang kehidupan seharian dan juga pengalaman. Tidak lupa  pada mereka yang menguruskan jualan atas talian, Instagram Stories digunakan untuk mempromosikan barangan mereka dengan lebih lanjut.



Bagi sesetengah pengguna, mereka mahukan kelainan pada Instagram Stories mereka untuk menarik perhatian followers terutamanya dari segi susun atur kandungan perkongsian.

Bunyinya macam susah tapi sebenarnya amat mudah. Kini, terdapat beberapa aplikasi yang boleh anda cuba untuk membuat Instagram Stories anda lebih cantik, menarik.

1. Unfold




Instagram Stories yang lebih kemas dan tersusun akan menarik minat pengikut Instagram anda untuk terus menonton Stories anda.

Aplikasi Un ini sesuai bagi mereka yang mahukan susun atur yang simple dan elegan untuk berkongsi gambar dan video.



Anda juga boleh letakkan keterangan pada templat tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Kapsyen: Contoh Instagram Stories menggunakan Unfold


2. InShot



Jika mahukan kelainan pada rakaman video anda, aplikasi InShot amat sesuai untuk anda mulakan misi kreatif anda. Aplikasi ini menyediakan filter dan effect yang terkini untuk anda cuba.

Anda boleh masukkan lagu, suara latar, emoji dan tulisan ke dalam video anda. Anda juga boleh laraskan saiz video pada ciri canvas mengikut kesesuaian yang anda inginkan.



Kapsyen: Edit video dan gambar menggunakan Inshot


3. designlab



Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis templat mengikut tema. Apa yang menarik tentang aplikasi ini adalah anda boleh pilih templat yang disediakan dan edit kesemua bahagian pada templat tersebut dengan mudah.



Designlab berbeza dengan Unfold kerana aplikasi ini menyediakan templat yang berwarna-warni dan rekaan yang lebih kreatif berbanding Unfold yang hanya sediakan templat untuk anda susun atur gambar dan video.

Kapsyen: Contoh templat dalam designlab


Untuk hasil yang lebih kreatif dan lain daripada yang lain, anda boleh menggunakan ketiga-tiga aplikasi ini untuk menghasilkan Instagram Stories yang lebih cun.

Berkaitan