Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Keupayaan Kamera OPPO A93, Antara Sebab Untuk Anda Dapatkannya

Posted on Oktober 30, 2020Disember 7, 2020

Telefon pintar kini tidak hanya berfungsi sebagai alat komunikasi, malah ia merupakan teknologi yang lebih bergaya. Pengguna lebih melihat kepada skrin yang besar, rekaan peranti serta keupayaan kamera.

Bagi keupayaan kamera, sudah pasti setiap gambar yang dirakam, anda inginkan hasil yang terbaik untuk dikenang pada hari mendatang. OPPO kini menawarkan OPPO A93 yang dimuatkan 6 kamera AI dengan  sistem kuad kamera 48MP serta dwi-kamera swafoto.

Antaranya terdiri daripada 48MP utama, 8MP sudut lebar, dua lensa 2MP mono. Sementara itu, kamera swafoto dilengkapi 16MP utama dan 2MP depth.

Jadi, mungkin anda tertanya bagaimana OPPO A93 mampu memberikan hasil rakaman yang lebih baik untuk lebih bergaya di media sosial? Di bawah ini adalah antara ciri hebat yang ada pada OPPO A93.

AI Color Portrait

Dilengkapi AI Color Portrait, ia dapat memberikan hasil yang terbaik semasa melakukan OOTD mahupun swafoto. Manakan tidak, dengan ciri ini, ia dapat mengekalkan warna subjek iaitu anda. Sementara itu, persekitarannya pula berubah menjadi hitam dan putih.

AI Color Portrait: OFF
OPPO A93
AI Color Portrait: ON

Lebih menarik lagi, ciri ini berfungsi bagi kamera belakang dan swafoto. Tidak cukup gambar seorang dan ingin merakam saat manis bersama rakan? Jangan risau kerana ciri ini mampu berfungsi dengan sehingga tiga orang dalam satu tangkapan.

OPPO A93
AI Color Portrait: OFF
OPPO A93
AI Color Portrait: ON

Dual Lens Bokeh

Dual Lens Bokeh menjadikan gambar potret berkumpulan lebih menarik tanpa ada yang tertinggal atau dikaburkan. Ini kerana, ia menggunakan kedua-dua perkakasan dan perisian untuk memberikan kesan bokeh yang lebih baik, walaupun diambil secara berkumpulan.  Tidak hanya gambar, ia juga boleh digunakan bagi rakaman video.

Dual Lens Bokeh: OFF
Dual Lens Bokeh: ON

AI Super Night Portrait

Hasil gambar di waktu malam gelap? Dengan OPPO A93, anda boleh merakam gambar potret swafoto yang jelas walaupun di waktu malam atau berada dalam persekitaran yang gelap dengan menggunakan mod AI Super Night Portrait. Dengan itu, anda dapat menikmati keindahan malam sambil mendapatkan rakaman swafoto yang lebih baik tanpa memerlukan aksesori pencahayaan tambahan.

OPPO A93
Tanpa AI Super Night Portrait
OPPO A93
AI Super Night Portrait

AI Night Flare Portrait

Selain mendapatkan gambar di waktu malam dengan lebih jelas, anda sebenarnya boleh menghasilkan gambar yang lebih dari itu. Untuk menjadikan gambar lebih kreatif dan kelihatan persis model profesional, guna sahaja ciri AI Night Flare Portrait.

AI Night Flare Portrait: OFF
AI Night Flare Portrait: ON

Ia menggabungkan kesan bokeh dan algoritma HDR dalam pencahayaan yang rendah untuk memberikan gambar yang lebih cerah dengan kesan bokeh sebagai latar belakang. Ciri ini sekaligus dapat memberikan tren baharu dalam fotografi di waktu malam.

AI Super Clear Portrait

Anda juga boleh merakam gambar potret lebih baik tanpa perlu risau imej yang kabur melalui mod AI Super Clear Portrait. Setiap perincian dalam gambar menjadi lebih jelas.

Ultra Clear 108MP

Mahukan imej yang jelas dengan resolusi yang tinggi serta butiran yang lebih terperinci? Menerusi kamera utama 48MP, OPPO A93 boleh melakukannya dengan menggunakan fungsi Ultra Clear Mode 108MP.

Pada resolusi yang tinggi ini, anda boleh crop sahaja mana-mana bahagian dalam gambar sambil mengekalkan kualiti imej.

Ultra Steady Mode

Gemar menggunakan aplikasi TikTok dan Instagram? Namun seringkali video yang dihasilkan bergegar dan tidak stabil? Dengan pelbagai ciri yang ada, ditambah pula Ultra Steady Mode, OPPO A93 mampu menghasilkan rakaman video yang lebih stabil.

Penstabilan rakaman video yang ada pada Ultra Steady Mode membolehkan anda merakam video sambil berlari, menari, melompat mahupun bersenam. Sudah pasti menjadikannya lebih mudah untuk menghasilkan kandungan video yang terbaik.

OPPO A93

Bercakap mengenai TikTok, anda kini boleh menyertai #AceYourStyle TikTok Dance Challenge dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM10,000.

Lebih menarik, anda juga berpeluang untuk merakam muzik video bersama Ayda Jebat. Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari laman OPPO Malaysia.

OPPO A93

Sementara itu, bagi anda yang ingin mendapatkan OPPO A93, peranti ini dijual pada harga RM1,299 dengan 2 pilihan warna iaitu Metalic White dan Matte Black. Anda boleh mendapatkannya di laman rasmi OPPO Malaysia, pengedar rasmi OPPO di seluruh negara dan juga jualan melalui Shopee dan Lazada.

*Advertorial dibawakan oleh OPPO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress