Mahu Menang Redmi Note 8 Pro? Mari Sertai Pertandingan #PoseAndWin

Bersempena meraikan kedatangan Xiaomi Redmi Note 8 Pro yang bakal dibuat tidak lama lagi, Xiaomi Malaysia kini sedang menganjurkan pertandingan #PoseAndWin. Melaluinya, anda semua berpeluang untuk memenangi peranti berkenaan.

Jika berminat untuk menyertainya, anda hanya perlu ikut 4 langkah mudah ini:

  1. Check in di stesyen LRT #PasarSeni dan #MasjidJamek

  2. Bergambar secara individu mahupun berkumpulan dengan Mega Poster KLCC yang berada pada salah satu lokasi diatas

  3. Muat naik gambar tersebut di laman Facebook anda dan tetapkan pada tatapan umum

  4. Jangan lupa untuk menggunakan tanda pagar #64MPMemangShiok #LiveToCreate #RedmiNote8Pro #XiaomiMY




Redmi Note 8 Pro

Versi Pro keluaran Xiaomi ini hadir dengan panel LCD berukuran 6.53 inci yang menyokong resolusi Full HD+. Ia mempunyai tetapan 4 kamera belakang terdiri daripada lensa 64MP, 8MP ultra lebar, 2MP depth, dan lensa makro 2MP.

Redmi Note 8 Pro menggunapakai cip pemprosesan MediaTek Helio G90T yang mana ia akan diiringi memori RAM 6GB/8GB bersama storan 64GB/128GB. Bateri berkapasiti 4500mAh ini menyokong pengecasan pantas 18W.



Peranti ini disediakan dengan tiga pilihan warna, iaitu hitam, hijau dan putih.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan yang dianjurkan, boleh lihat di laman Facebook rasmi Xiaomi Malaysia.