Cara Lihat Kata Laluan Yang Disimpan Pada Google Chrome

Pelayar web Google Chrome tersedia dengan pelbagai ciri yang dapat memudahkan pengguna dalam pelayaran internet. Salah satu daripadanya adalah ciri simpanan kata laluan untuk setiap laman web, seperti contoh Facebook atau Jobstreet.

Melaluinya, log masuk dapat dibuat dengan lebih pantas kerana kata laluan serta nama pengguna sudah tersedia diisi. Setiap kali pengguna memasukkan kata laluan baru, Chrome akan meminta kebenaran untuk menyimpannya atau mengemaskini kata laluan yang lama.

Ketika mahu log masuk, anda tidak perlu lagi isi ruang kata laluan itu dan ia membantu pengguna yang mahu meneliti kembali kata laluan yang pernah digunakan.

Mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya dimanakah kata laluan tersebut disimpan, menyunting mahupun menyemak, bolehlah ikuti langkah mudah dibawah.

Komputer


Buka pelayar web Chrome dan klik pada Profil Profile and then Passwords. anda di sudut kanan atas. Tetingkap baru akan muncul memaparkan kata laluan yang sedia disimpan beserta nama pengguna serta laman web.

Menerusi paparan tersebut, anda boleh buat suntingan atau padam kata laluan itu.


Android


Buka aplikasi Chrome pada peranti pintar anda dan pergi tekan pada simbol Moredi sudut kanan atas. Seterusnya klik pada Settings > Passwords. Pada paparan berikutnya, anda boleh lakukan proses suntingan atau pada kata laluan yang dikehendaki.



iOS

Buka aplikasi Chrome pada peranti iOS anda, pergi ke sudut bawah kanan tekan dan tekan More More .

Selepas itu, tekan pada Settings Settings and then Passwords. Pada paparan berikutnya, anda boleh lakukan proses suntingan atau pada kata laluan yang dikehendaki.

Melalui cara ini, anda mungkin boleh mengingati kembali mana-mana kata laluan yang pernah digunakan

Secara lalai (default),  Chrome akan tawarkan ciri simpanan kata laluan ini tetapi sekiranya anda tidak mahu, boleh saja matikan pada butang Save Password yang terletak diawal paparan.

 

Berkaitan