Mahu Jalankan Android Pada Komputer? Ini 9 Emulator Yang Boleh Anda Gunakan

Banyak sebab mengapa pelagak atau nama Inggerisnya emulator digunakan. Jika anda pembangun aplikasi, pastinya anda gunakan emulator untuk menguji aplikasi, manakala jika anda gemar bermain permainan Android, emulator membolehkan anda menggunakan tetikus dan papan kekunci.

Bagi yang sedang mencari emulator Android untuk digunakan pada komputer, dibawah ada 9 senarai yang boleh anda pilih.

1. Android Studio

Merupakan emulator dari Google yang lebih terarah disediakan untuk pembangun aplikasi. Mempunyai ciri serta alatan yang boleh digunakan membangun serta menguji aplikasi.

2. ARChon

Bermulanya emulator ini adalah apabila Google membawakannya untuk sokongan kepada dua atau tiga aplikasi Android pada pelayar web Chrome. Seterusnya, pembangun dari GitHub mengubahnya sedikit dan terciptalah ARChon yang boleh menjalankan semua aplikasi Android pada Chrome.

3. MEmu

Dilancarkan pada 2015, ia lebih memfokuskan kepada permainan. Boleh dijalankan pada cip AMD dan Nvidia dan sokongan untuk beberapa jenis Android termasuk, Jelly Bean, Kit Kat serta Lollipop.

4. Ko Player

Boleh dikatakan antara emulator terbaru dan mula mendapat perhatian pengguna sejak akhir-akhir ini. Fokus utama adalah untuk permainan. Kadang kala ia mempunyai masalah terhenti secara tiba-tiba. Ditawarkan secara percuma dan pengguna mungkin akan melihat paparan iklan.

5. Genymotion

Disasarkan untuk pembangun aplikasi. Menyokong Android Studio dan pengguna boleh menjalakan Android bermula versi 4.1 hinggalah kepada 8.0.

6. Remix OS

Dibangunkan oleh bekas pekerja Google. Sedikit berbeza dari emulator Android yang lain, Remix OS perlu dipasang pada partition yang berasingan. Pengguna boleh menyimpannya didalam pemacu USB dan boot dari mana-mana komputer yang diingini.

7. BlueStack

Antara emulator pilihan ramai. Sesuai digunakan pada sistem operasi Windows dan Mac. Menyasarkan kepada permainan dimana pengguna boleh memainkan lebih dari satu permainan pada satu-satu masa. Versi terkini iaitu BlueStack 4 mempunyai sokongan Android 7.1.2 Nougat.

8. Nox Player

Juga menyasarkan kepada pemain permainan. Pengguna boleh memainkan permainan berat seperti PUBG atau Justice League. Boleh tentukan penggunaan CPU dan RAM pada pilihan tetapan untuk mendapatkan hasil permainan yang lebih baik.

Sekiranya anda ada pilihan emulator yang lain, bolehlah kiranya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain diruangan komen.

Sumber: Android Authority, FossBytes

Berkaitan