Mahu Ikut Apple, Komputer Riba Samsung Mungkin Hadir Dengan Cip Exynos

Terdahulu, Samsung dikatakan mungkin akan menggunakan cip pemproses Exynos pada komputer. Kemudian, mereka turut disahkan bekerjasama dengan AMD untuk GPU.

Kini, Samsung dilapor bakal menggunakan Exynos 2200 pada komputer riba Windows 10 akan datang.

Melihat situasi semasa, pasaran komputer riba berasaskan cip ARM didominasi oleh Qualcomm. Ini mungkin langkah awal Samsung sebagai persediaan menembusi pasaran itu melalui cip Exynos 2200 berkenaan.



Walaupun Samsung sudah ada dengan komputer riba sebegitu, mereka tidak mahu lagi bergantung pada Qualcomm.

Dengan komputer riba yang dikuasakan cip Exynos 2200, Samsung ingin bersaing dengan Qualcomm serta Apple yang baru sahaja hadir dengan cip M1.

Namun, jika kebanyakan komputer riba menggunakan pemproses berasaskan ARM, Intel mungkin menghadapi sedikit masalah kerana Apple sendiri tidak lagi menggunakan Intel. Malah, kebanyakan komputer riba lain turut lebih cenderung untuk menggunakan cip AMD Ryzen.

Sumber: sammobile