Mahu Gambar Atau Video Menarik Untuk Instagram? Boleh Gunakan Aplikasi Canva

Aplikasi Canva akan membantu anda menghasilkan pelbagai reka bentuk gambar dan video yang menarik dengan mudah menggunakan templat yang tersedia walaupun anda bukan seseorang yang pakar dalam bidang ini.

Lebih 60,000 pilihan templat percuma di Canva yang anda boleh gunakan untuk bermacam perkara, misalnya untuk Instagram story, kad jemputan majlis, infografik, logo, resume, sijil, menu dan banyak lagi. Aplikasi ini sangat mudah dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.



Bagaimana cara penggunaan Canva?

Anda boleh membuat pilihan dengan bermula mengguna kanvas kosong yang disediakan. Namun, anda juga boleh menggunakan templat sedia ada yang direka oleh pereka profesional bagi menjimatkan masa.

Boleh tambah elemen teks pada gambar dengan menggunakan lebih daripada 700 pilihan jenis tulisan, warna, saiz dan bermacam lagi. Boleh memuat naik gambar atau video daripada galeri peranti anda untuk ditambah ke dalam elemen reka bentuk atau apa sahaja gambar ilustrasi yang telah tersedia dalam aplikasi Canva ini.

Mula menyunting gambar dengan tambahan pelbagai filters atau stickers, boleh juga tambah pelarasan kecerahan, kegelapan mahupun ketajaman sesuatu gambar.

Selepas selesai semua, berkongsilah hasil reka bentuk anda dengan memuat naik gambar tersebut di Instagram, Facebook, Twitter ataupun mana-mana laman media sosial.



Kelebihan Canva yang pelbagai

  • Boleh digunakan untuk semua platform media sosial (Twitter banners, Facebook covers, Youtube thumbnails)

  • Untuk mereka bentuk undangan majlis atau acara (Kad jemputan kahwin, Bunting, Sepanduk, Poster, Menu)

  • Sesuai bagi penggunaan semua syarikat, perniagaan atau institusi (Resume, Presentation, Risalah, Kad rasmi syarikat)




Aplikasi ini menawarkan pelbagai lagi templat yang menarik selain memudahkan proses reka bentuk dilakukan. Pelbagai elemen kreatif lain boleh dilihat menerusi aplikasi ini. Canva boleh dimuat turun daripada kedua-dua platform Android dan iOS. Boleh juga digunakan di komputer.

Berkaitan