Mahu Gabungkan Dua PDF Menjadi Satu? Boleh Gunakan Cara Ini

Kebanyakkan dokumen yang digunakan kini dihantar dalam format PDF. Pernahkah anda mempunyai masalah menerima beberapa dokumen PDF dan terfikir alangkah bagusnya ia boleh digabung menjadi satu dokumen sahaja?

Caranya adalah pergi ke laman smallpdf. Selain menawarkan fungsi untuk menggabungkan beberapa dokumen PDF menjadi satu, ia juga turut mempunyai fungsi lain seperti...



  • Tukar fail PowerPoint kepada PDF dan sebaliknya

  • TUkara PDF kepada format gambar JPG dan sebaliknya

  • Tukar fail Excel kepada PDF dan sebaliknya

  • Membuang kata laluan PDF...

  • ...dan lain-lain lagi.


Anda hanya perlu tekan mana-mana menu pilihan, dan muat naik fail yang hendak diubah itu.

Setelah itu, tekan butang yang tersedia dibawah untuk memproses dokumen.

Fail yang siap diproses boleh disimpan terus ke dalam storan awan seperti Google Drive ataupun Dropbox.

Bagi yang risaukan privasi, smallpdf menyatakan semua fail yang dimuat naik itu akan dipadam  dari server dalam masa satu jam.

Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan lain yang bermasalah menguruskan dokumen dengan format PDF.

Berkaitan