Mahu Bantuan Teknikal Tentang Android? Guna Tanda Pagar #AndroidHelp Di Twitter

Sebagai pengguna Android, anda mungkin mempunyai seribu satu persoalan tentang sistem operasi tersebut. Atau, anda mahukan bantuan teknikal untuk menyelesaikan masalah yang sedang melanda peranti.

Bagi memudahkan bantuan diberikan kepada pengguna, Google kini melancarkan tanda pagar #AndroidHelp untuk platform Twitter. Melaluinya, pengguna boleh membuat ciapan soalan mengenai penyelesaian masalah, pengesahan, sekuriti dan lain-lain berkaitan dengan Android.


Ia bukan sahaja memudahkan anda yang bermasalah, malah pengguna-pengguna lain boleh melihat jawapan tersebut tanpa perlu bertanyakan soalan sama.