Mahkamah Sabah Rancang Untuk Laksanakan Pendengaran Kes Secara Maya

Persatuan Undang-Undang Sabah sedang merancang untuk laksanakan persidangan video dan  pendengaran kes mahkamah secara maya berikutan penularan wabak Covid-19.

Langkah ini untuk memastikan urusan mahkamah terus berjalan seperti biasa. Melalui Sistem Pengurusan Kes (CMS), ia dapat mengurangkan risiko penyebaran jangkitan wabak tersebut antara orang awam, hakim, peguam dan pegawai undang-undang.

Menurut laporan Bernama, Pengerusi Persatuan Undang-Undang Sabah, Roger Chin mengharapkan CMS akan terus digunakan walaupun selepas wabak berkenaan berjaya ditangani. Ini adalah seiring dengan dunia sekarang yang bergerak ke arah komunikasi maya dan dalam talian.

Sumber : Bernama