Mahkamah Di Rusia Tolak Rayuan Google Android










Semalam, Google telah gagal dalam rayuan
terbaru terhadap Rusia mengenai persaingan sistem operasi telefon pintar
mereka.





Kerajaan Rusia mengkritik syarikat enjin
carian itu yang mewajibkan pengeluar telefon pintar untuk memasang aplikasi dari
Google di dalam sistem operasi Android. Google telah mencabar keputusan
berkaitan pengeluar telefon pintar mempunyai hak untuk membangun serta memasang
aplikasi mereka sendiri di dalam telefon pintar.





The Federal Antimonopoly Service (FAS)
telah menetang syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu selepas
menerima aduan dari syarikat enjin carian internet Rusia, Yandex. FAS
berpendapat jika hukuman itu dilaksanakan, persaingan sihat antara pembangun
aplikasi dapat ditingkatkan.





Suruhanjaya Eropah juga telah mengecam
Google selepas syarikat itu melanggar Undang-Undang Persaingan Eropah dengan
mewajibkan setiap telefon pintar Android mestilah di pasang dengan aplikasi
Youtube, Google Maps, Google Play Store dan pelbagai aplikasi lain keluaran
mereka.




Jika hukuman itu dilaksanakan, Google bakal
dikenakan penalti sehingga $ 7.6 bilion atau 10% dari keuntungan tahunan
mereka.