Mahir Dalam Teknologi? Mari Sertai Shopee Code League

Shopee Code League merupakan sebuah pertandingan pengaturcaraan secara dalam talian yang melibatkan beberapa negara di Asia Tenggara.

Susulan kejayaannya tahun lalu, Shopee Code League kini kembali yang mana ia meneruskan usahanya untuk memupuk bakat teknologi serta mengumpulkan komuniti yang bersaing dalam menyelesaikan masalah.



Pertandingan ini akan berlangsung pada 6 Mac hingga 20 Mac dimana beberapa pasukan akan bersaing sesama sendiri yang terdiri daripada negara China, Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Taiwan.

Kesemua pasukan akan bertanding dalam tiga jenis pertandingan secara maya iaitu data sains, data analisis dan algoritma. Selain itu, terdapat dua kategori untuk peserta iaitu pelajar dan terbuka.

Pasukan teratas bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai SGD3000 (~RM9120) dan peluang untuk bekerja sepenuh masa atau penempatan latihan industri bersama Shopee.



Tambahan, hadiah khas sebanyak SGD500 (~RM1520) turut diberikan bagi pasukan wanita yang teratas untuk memupuk golongan ini dalam industri teknologi.

Bagi yang berminat, pendaftaran dibuka mulai hari ini sehingga 5 Mac 2021 secara percuma melalui pautan ini.

Sementara jika anda rasa kemahiran anda tidak berapa baik, Shopee akan mengadakan bengkel untuk mengasah lagi kemahiran anda yang akan bermula 19 Februari ini secara percuma.

Sumber: Siaran Akhbar Shopee