MagicBook Dan HONOR 9X Pro Bakal Ditawarkan Di Malaysia

Pada 24 Februari ini, HONOR akan mengadakan acara HONOR All-Scenario Intelligence Conference bagi memperkenalkan barisan produk Intelligent Lifestyle. Pelancaran yang akan dilakukan secara dalam talian ini, akan bersiaran secara langsung menerusi laman rasmi HONOR Global. 

Intelligent Lifestyle merupakan barisan produk-produk ekosistem daripada HONOR yang bertujuan untuk memudahkan kehidupan seharian pengguna. Pada acara itu, HONOR akan memperkenalkan HONOR Magicbook dan HONOR 9X Pro dengan lebih dekat lagi. Dalam pada itu, HONOR Malaysia juga mengesahkan Malaysia merupakan salah satu pasaran terawal menerima kedatangan kedua-dua peranti ini.

HONOR MagicBook


HONOR MagicBook dikuasakan oleh cip pemprosesan empat teras AMD Ryzen 5 3500. RAM berkapasiti dari 8GB, storan pantas PCIe NVMe SSD 256GB atau 512GB dan paparan LCD IPS berdefinisi penuh (1080p, 16:9).

honor magicbook

Komputer riba ini mempunyai dua saiz yang berbeza iaitu 14 dan 15.6 inci. Model 14 inci dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 56W. Manakala HONOR MagicBook 15.6 inci hanya dilengkapi bateri yang berkapasiti 42W sahaja.

HONOR 9X Pro


HONOR 9X Pro dijana dengan cip pemprosesan Kirin 810 dan berkapasiti bateri 4000 mAh. Ia turut dilengkapkan dengan RAM 8GB dengan pilihan memori simpanan antara 128GB dan 256GB. Telefon pintar ini mempunyai keupayaan menambah storan melalui kad mikroSD sehingga 512GB, bicu audio 3.5mm serta pengimbas cap jari dibahagian sisi kanan peranti.

honor 9x pro

Selain itu, model ini muncul dengan skrin penuh berukuran 6.59 inici (1080 x 2340). Ia hadir dengan tiga kamera belakang yang terdiri daripada lensa 48MP (f/1.8) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (depth).

Buat masa sekarang masih belum dapat dipastikan tarikh penawaran peranti-peranti ini untuk pasaran tempatan.