Magic Ui 4.2 Di Honor 50 Lite - Bersih, Sedap Dan Responsif

Selepas ulasan ringkas tentang kamera HONOR 50 Lite, aku nak beralih ke bahagian perisian atau nak lebih khusus, sistem operasi yang digunakan pada telefon ini. Jadi HONOR 50 Lite ini menggunakan sistem operasi Magic Ui 4.2 berasaskan android 11.

Selepas seminggu menggunakan HONOR 50 Lite, aku perasan Magic Ui 4.2 ini rasa dan nampak sama seperti EMUI. Dari segi estetik, Magic Ui punya ikon, tema dan lain-lain nampak sama sahaja. Tapi itu sahajalah persamaan antara Magic Ui dan EMUI, fungsi-fungsi baharu pada EMUI kebanyakkan tidak terlihat pada Magic Ui, HONOR 50 Lite ini.





Tapi kelebihan yang sangat besar pada Magic Ui 4.2 berbanding Huawei EMUI adalah ia menyokong Google Mobile Services (GMS) dimana telefon ini mempunyai Play Store untuk korang semua muat turun aplikasi seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan aplikasi-aplikasi Google. Dengan fungsi GMS ini sahaja, ia berjaya membuatkan HONOR 50 Lite ini jauh lebih berbaloi daripada mana-mana telefon Huawei.



Disebabkan telefon ini menggunakan Android 11, maka ia mempunyai beberapa fungsi yang diperkenalkan pada Android 11 seperti one-time app permissions, notification bubble dan beberapa lagi fungsi baru.

Beralih kepada applikasi yang tersedia pada HONOR 50 Lite ini, ia menggunakan aplikasi yang disediakan sendiri oleh HONOR dan bukannya dari Google. Jadi kalau korang tidak minat dengan aplikasi tersedia ini, korang boleh sahaja muat turun versi Google di Playstore. Satu benda yang aku kurang suka pada Magic Ui ni ialah banyak aplikasi yang dah di prapasang pada antara muka ini. Contohnya macam game Lord Mobile dan Booking.com. Rasanya tak ramai yang guna kedua-dua aplikasi ini.



Macam korang nampak halaman utama telefon ini memang ringkas dan bersih sahaja, tetapi kalau korang nak sesuaikan (customize) lebih lagi, korang boleh pergi ke tetapan dan pergi ke halaman utama dan wallpaper. Disini korang boleh ubah tema, ikon dan wallpaper. Kalau korang yang terbiasa dengan fungsi app drawer, disini juga korang boleh aktifkan fungsi tersebut dengan menukarkannya di Home Screen Style.



Satu benda yang hilang pada magic ui 4.2 ini adalah fungsi multitasking seperti Multi windows, floating windows dan fungsi paling asas seperti split screen pun tiada di antara muka ini. Jadi diharapakan pada masa akan datang, antara muka ini mendapat kemaskini fungsi-fungsi asas ini.

Kalau anda pengguna HONOR Magicbook dan mengunakan telefon HONOR 50 Lite ini korang boleh gunakan aplikasi HONOR Share untuk membuat perkongsian data diantara dua peranti ini dengan lancar.



Sebagai akhir kata, Magic Ui 4.2 ni ada kelebihan dan kelemahan dia yang tersendiri. Kelebihan dia adalah rasa antara muka dia yang sedap, bersih dan responsif. Animasi antara muka dia juga tidak menganggu semasa menggunakan telefon ini. Tapi untuk kelemahan dia pula, fungsi-fungsi asas seperti multitasking semua tidak tersedia pada antara muka ini dan tema yang tersedia pun agak sedikit dan tiada tetapan untuk muat turun tema-tema lain.