MaGIC Dan TPM Digabung, Memacu Teknologi Inovasi Negara

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melaporkan usaha menyatukan Taman Teknologi Malaysia (TPM) dengan Pusat Kreativiti Inovasi Global Malaysia (MaGIC) dalam satu kenyataan semalam.

Mandat baharu yang diluluskan Kabinet itu bertujuan memacu negara ke arah ekonomi inovasi dan mewujudkan agensi pengkomersialan teknologi baharu.

Menurut MOSTI, sinergi diantara infrastruktur teknologi dengan bantuan teknologi dan ekosistem inovasi yang disediakan oleh TPM serta MaGIC dapat menghimpunkan elemen terbaik.

Selain itu, pasukan yang ditubuh melalui kedua-dua agensi ini akan bantu Malaysia menangani beberapa isu pengkomersialan dan perbelanjaan domestik.

Serta, ia juga dapat mempercepatkan proses penciptaan, pembangunan serta pengkomersialan teknologi dan inovasi.

Pada tahun 2020, Malaysia naik ke kedudukan 33 dalam Indeks Inovasi Global dan menduduki tempat kedua antara 37 ekonomi kumpulan berpendapatan sederhana.

Malaysia juga menduduki tempat kelapan antara 17 ekonomi di Asia Tenggara, Asia Timur, serta Oceania.

Sumber: Bernama

Berkaitan