macOS Mojave Versi Beta Awam Kini Sedia Untuk Dimuat Turun

Apple telah memperkenalkan macOS versi baharu iaitu macOS Mojave sewaktu Apple Worldwide Developers Conference 2018 yang lalu. Hari ini, macOS Mojave versi beta awam sudah dikeluarkan.



Sistem baharu ini akan memberi kelainan kepada pengguna Apple kerana ciri dan fungsi baharu dilengkapi dengan tema gelap, rekaan baru App Store, ciri Stacks yang telah dikemas kini di desktop, tambahan Gallery View di Finder, mengemas kini alat tangkapan skrin dan banyak lagi. Pengguna komputer riba Apple yang mendaftar Apple's Beta Software Program sudah boleh merasai sistem operasi Mojave.

Kapsyen: Tema gelap pada desktop


Kapsyen: Ciri Stacks yang telah dikemas kini.


Kapsyen: Jika ciri Stacks dibuka, semua fail akan tersusun mengikut jenis fail secara automatik.


Kapsyen: Butang Gallery View di Finder


Pengguna diingatkan bahawa sistem operasi Mojave ini masih versi beta. Oleh itu, tidak semua kemas kini akan berfungsi dengan lancar. Pengguna berkemungkinan akan menghadapi masalah pepijat dan crash.

 

Sumber 1

Sumber 2