Belum ada tarikh tepat bilakah ia akan dilepaskan kepada pengguna Mac.
Dalam acara “By Innovation Only” oleh Apple pada Rabu lalu, mereka telah mengumumkan barisan produk terbaru mereka khususnya iPhone 11. Tidak lama selepas selesainya acara itu juga, Apple telah mengemas kini laman sesawang bagi 2 sistem operasi utama bagi iPhone dan ipadOS.
iOS 13 bagi iPhone telah pun didedahkan tarikh sistem operasi tersebut akan dilepaskan iaitu pada 20 September ini. Bagi sistem operasi terbaru iPadOS pula akan dilepaskan kepada para pengguna iPad pada 1 Oktober nanti.
Manakala bagi sistem operasi macOS terbaru pula iaitu macOS Catalina 10.15, masih belum diberikan tarikh khusus bilakah ia akan dilepaskan kepada pengguna Mac.
Apple cuma memaklumkan bahawa macOS tersebut hanya akan tersedia dalam bulan Oktober nanti.
Buat masa ini, hanya versi beta sahaja digunakan oleh para pembangun dan pengguna Mac yang berdaftar dengan Apple Beta Software Program.
Berikut adalah senarai komputer Apple Macintosh yang menyokong macOS Catalina.
Berkaitan
- Apple Perkenalkan macOS 10.15 Catalina
- Cara Aktifkan Ciri 'Split View' Pada macOS Ventura Dan Terbaru
- Ciri “Battery Health Management” Diperkenalkan Menerusi Kemas Kini macOS 10.15.5
- Pautan Muat Turun Aplikasi Pelayar Microsoft Edge Untuk macOS Dibocorkan
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru Untuk Pengguna macOS
- Apple Mengemas Kini 3 Versi macOS
- One VPN Kini Ditawarkan Untuk Sistem Windows dan macOS
- Perisian Hasad Baru Sasar macOS 14 Sonoma
- Firefox Bakal Tamatkan Sokongan Ke Atas Windows 7, 8 Dan macOS Terdahulu
- Muat Turun Sekarang Kemas Kini Terbaru iOS, iPadOS, macOS, watchOS Dan tvOS