macOS Big Sur Akan Tersedia Bermula 13 November Ini

Apple baru sahaja memperkenalkan barisan MacBook yang baharu awal pagi tadi. Selain itu, Apple juga mengumumkan macOS Big Sur akan tersedia pada 13 November jam 1 pagi.

macOS 11.0 ini mula diperkenalkan di acara WWDC Jun yang lalu dan ia merupakan macOS pertama yang akan digunakan pada komputer Apple dengan cip M1 terbaharu.



Banyak pembaharuan yang dilakukan pada versi ini seperti icon dan antara muka yang direka semula, kemaskini pelayar Safari yang dikatakan lebih laju daripada Chrome dan fungsi Control Center (seperti iOS).

Ini merupakan salah satu kemaskini terbesar dari Apple sejak macOS 10. Banyak lagi perubahan yang dilakukan dan anda boleh kemaskini macOS Big Sur pada 13 November nanti.