MacBook Pro Dilengkapi Dengan Cip Grafik AMD Radeon Vega Mulai November Ini

Acara Apple semalam mungkin menampilkan peranti disegarkan seperti MacBook Air, Mac Mini dan iPad Pro namun jika diamati hebahan media oleh Apple, mereka turut mengumumkan sesuatu yang baharu untuk siri MacBook Pro mereka.



Mulai November, pengguna boleh mendapatkan komputer riba MacBook Pro dengan cip grafik AMD Radeon Vega di dalamnya. Untuk pengetahuan pembaca, MacBook Pro ketika ini hanya menampilkan AMD Radeon 555X atau Radeon 560X yang hanya terdapat dalam model 15-inci MacBook Pro.

Dengan AMD Radeon Vega, Apple menjanjikan peningkatan sehingga 60% untuk kerja-kerja grafik seperti penyuntingan video, rekaan 3D dan beban kerja rendering. Tidak dapat dipastikan lagi model mana yang akan terlibat tetapi besar kemungkinan model 15-inci MacBook Pro sahaja yang akan ditawarkan dengan cip dari AMD tersebut.

MacBook Pro ketika ini dijual dengan harga bermula dari RM 10, 495 untuk model 15-inci yang menampilkan cip pemprosesan Intel i7 generasi ke-8 dan cip grafik AMD Radeon 555X.

Sumber