Hanya bagi model Macbook Pro 15" yang berharga dari RM12,199.00 sahaja.
Apple Inc. hari ini telah perkenalkan model Macbook Pro terbaru yang dipertingkatkan kuasanya dengan cip pemprosesan 8 teras.
Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel 2.3GHz generasi ke-9. Menurut Apple, Macbook Pro terbaru kini adalah 2 kali ganda lebih pantas berbanding model Macbook Pro yang menggunakan cip pemprosesan quad-core.
Malah Apple turut menyatakan MBP ini kini 40% lebih prestasi berbanding model MBP yang dilengkapi dengan pemprosesan 6 teras.
Ia sekaligus menjadi Macbook Pro 2019 ini adalah yang paling berkuasa pernah Apple hasilkan.
Macbook Pro 2019 ini sudah boleh dibeli menerusi laman rasmi Apple Malaysia pada harga RM12,199.00.
Tetapi jika anda rasa masih belum cukup berpuas hati dengan prestasi yang ada, anda bolehlah membuat tempahan khas perkakasan untuk Macbook Pro ini yang hanya boleh dibuat menerusi laman Apple sahaja yang boleh menjadikan harga MBP ini mencecah sehingga RM28,699.00.
Berkaitan
- 7 Pembekal Apple Di China Didakwa Ada Kaitan Dengan Program Buruh Paksa Umat Islam Uyghur
- Kerajaan Umum Program Shop Malaysia Online, Geran Pendigitalan Sehingga RM5 Ribu
- Intel Menamatkan Kerjasama Pembangunan Cip Pemprosesan Bersama AMD
- Microsoft Bangunkan Teknologi AI Yang Berpotensi Membahayakan Pengguna, Program Klon Suara
- iPhone 13 Pro Max “Ultra” Ini Ada Semua Yang Anda Perlukan
- NVIDIA Bersama Pacu Program 'Sandbox AI' Negara, Persiapkan Pemula AI Jana Pendapatan RM1 Bilion
- MCMC Jenamakan Semula Program 'Mobile e-Waste' Kepada 'KITAR'
- Intel Core i7 Dan GeForce RTX Menguasakan Komputer Meja Berprestasi Tinggi MSI PRO DP180
- Mi 10T Dan Mi 10T Pro Terima Kemas Kini Terbaru MIUI 12.5.3
- Dron DJI Mini 3 Pro Dilancarkan, Mampu Diterbangkan Selama Lebih Daripada 40 Minit