MacBook Pro 15 inci Dengan Cip i9 (2018) Dilaporkan Cepat Panas

MacBook Pro 15 inci dijana dengan cip pemprosesan 6-teras Core i9- 8950HK adalah komputer riba berharga premium keluaran Apple untuk tahun ini.

Melalui cip terbabit, ia menjanjikan kelajuan pemprosesan sehingga 2.9GHz yang mana lebih laju berbanding keluaran terdahulu tetapi satu video yang dimuat naik di YouTube menyatakan sebaliknya.

Video berdurasi 5 minit 44 saat yang dimuat naik oleh David Lee itu menjelaskan bahawa model terbabit cepat panas hasil dari pemprosesan cip berkuasa tinggi itu.

https://www.youtube.com/watch?v=Dx8J125s4cg

Umum mengetahui kebanyakkan komputer akan melakukan throttling yakni merendahkan kelajuan CPU apabila ia panas untuk mengelakkan kerosakan, tetapi pada MacBook ini ia kelihatan agak teruk.

Tiga jenis komputer diuji bersama iaitu, MacBook 15 inci (2017) dengan cip i7, MacBook 15 inci (2018) dengan cip i9, dan sebuah lagi adalah komputer yang mengoperasikan Windows iaitu Gigabyte Aero 15X dengan cip i7.

Kapsyen: Tempoh suntingan video ujian pertama. Di dalam video itu, Lee mengingatkan bahawa perisian Adobe Premiere lebih optimum dioperasikan pada Windows berbanding MacOS.


Lee menguji prestasi komputer riba itu dengan melakukan video rendering menggunakan perisian Adobe Premiere dan beberapa saat setelah dijalankan, frekuensi CPU dilihat pada kadar 2.2Ghz sahaja.

" Pemproses i9 di MacBook ini tak mampu menjalankan base clock speed pada kadar 2.9GHz. Lupakan saja tentang ciri Turbo Boost." jelas Lee dalam videonya.

Lee berpendapat ia terjadi disebabkan rekaan MacBook Pro ini tidak mempunyai ruang saluran udara yang sempurna menjadikan komponen dalaman terlalu cepat panas lantas membantutkan prestasi sebenar cip generasi ke- 8 itu.



Ujian kedua dilakukan dan kali ini Lee meletakkan komputer yang sedang menjalankan proses suntingan video itu di dalam ruang sejuk beku. Hasilnya agak mengejutkan kerana proses tamat lebih awal daripada yang pertama.



Masih awal lagi untuk membuat kesimpulan berkenaan hal ini kerana ia diuji pada satu jenis perisian sahaja. Mungkin prestasi sebenar dapat ditunjukkan pada perisianyang  lebih optimum dijalankan pada MacOS.

Sumber: Mobile Syrup