MacBook Air M2 Mula Tersedia Minggu Depan, Didedah Dalam Video MKBHD

Pelancaran siri ASUS ROG Phone 6 semalam memperlihatkan ramai pengulas teknologi seluruh dunia pantas melepaskan ulasan, reaksi awal, berita dan pelbagai lagi berkenaannya.

Penggiat kandungan YouTube terkenal, MKBHD pastinya menjadi tumpuan peminat setiap kali acara besar sebegini dilangsungkan.

Nampaknya, ada butiran yang entah sengaja atau tidak dipertontonkan pada mereka dengan mata yang tajam.



Dalam video ulasan ROG Phone 6, beliau mungkin secara tidak sedar telah mendedahkan tarikh ketersediaan Macbook Air dengan cip M2 di pasaran apabila menatal kalendar pada telefon dalam video tersebut.

Berdasarkan kalendar tersebut, embargo Macbook Air M2 ialah pada 14 Julai 2022 jam 9 pagi.

Banyak lagi acara lain termasuk acara Nothing disenarai dalam jadual beliau.

Di Malaysia, ia dijual pada harga RM5,499 (256GB) dan RM6,699 (512GB).