Mac Pro Merupakan Produk Apple Paling Mudah Untuk Dibaikpulih

Sebagai tradisi, pihak iFixit telah membedah Apple Mac Pro terbaharu ini untuk melihat tahap baikpulih produk tersebut. Jadi, setelah dibuka setiap satu komponen, mereka memberi skor 9/10 menandakan ia sangat mudah dibaiki.

https://youtu.be/w6LTules0y0

Mereka memuji produk tersebut sangat mudah dibuka dan diganti tanpa memerlukan alatan tambahan. Dengan rekaan modular, setiap komponen pada komputer ini mudah dicabut dan dipasang membuatkan pengguna tidak memerlukan bantuan pakar jika mahu menggantikan barang ganti sendiri.

Walaupun begitu, pengguna tidak boleh menukar SSD pada komputer tersebut sesuka hati kerana ia berkait dengan cip keselamatan T2 Apple. Ini juga bermakna komponen berkaitan akan menjadi sukar untuk dicari dan mahal jika mahu pengguna mahu menggantinya.

Mac Pro 2013 sebelum ini mendapat skor 8/10, manakala laptop Apple lain seperti Macbook Pro 16 inci sukar untuk dibaiki dengan skor 6/10.

Walaupun harga Mac Pro baharu ini mahal, namun dari segi penjagaan, ia akan tidak merumitkan pengguna langsung untuk membaikinya jika rosak.

Sumber: iFixit

Berkaitan