Mac Bukan Bermaksud Lebih Selamat Berbanding Windows, Cuma Mereka Jarang Diserang

Terdapat mitos yang bertebaran sebelum ini mengatakan yang sistem operasi Apple lebih selamat berbanding Windows.

Ini membuatkan pengguna Apple merasakan mereka mempunyai kelebihan berbanding pengguna di luar sana.

Pernyataan itu tidaklah tepat 100% kerana dengan situasi pada hari ini, pengguna Mac juga terdedah dengan serangan keselamatan terhadap sistem operasi mereka.

Terbaru, sekumpulan penggodam telah memecah masuk dan mengambil alih kawalan terhadap aplikasi Transmission BitTorrent dan menggunakannya untuk menyebarkan perisisan yang mengunci fail pengguna dan meminta hampir RM 2,000 sebagai wang tebusan.

Untuk kebanyakkan penggodam profesional, ekosistem Mac yang kecil membuatkan kerja godaman menjadi tidak berbaloi.

Tetapi itu semua sedang berubah dengan 6,500 orang yang telah memuat turun perisisan godaman itu membuktikan yang pelaburan untuk memecah masuk perisian Apple mula memberi pulangan.

Sistem operasi Apple, OS X memegang sebanyak 7% dari pasaran dunia pada November 2015.

Dengan nilai jualan yang semakin meningkat, terdapat kebimbangan di kalangan pemerhati yang tumpuan kumpulan penggodam akan beralih ke pengguna Apple.

Sumber