'M-Junction Drive-In Cinema' Akan Dilancarkan 28 Julai Ini

Berikutan dengan pengumuman oleh M-Junction pada bulan yang lalu, akhirnya 'M-Junction Drive-In Cinema' akan dilancarkan pada 28 Julai ini.

Terletak di tempat letak kereta Lanai bersebelahan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), pengunjung boleh menonton filem yang disiarkan dari kenderaan masing-masing.



Berlainan dengan Casuarina Sini-Drive, audio akan dikeluarkan dari sistem radio kenderaan sendiri melalui sambungan Bluetooth atau port AUX, yang disediakan oleh M-Junction. Manakala pembesar suara Bluetooth akan diberikan kepada kenderaan yang tidak mempunyai kedua-duanya.

Akan ada dua tayangan setiap hari - sesi pertama pada jam 7.30 malam dan sesi kedua pada kira-kira jam 9 malam ke atas.

Hanya 50 kenderaan dibenarkan masuk bagi setiap sesi. Kereta jenis sedan akan diletakkan di barisan hadapan dan dua barisan terakhir pula untuk kenderaan yang lebih besar seperti MPV dan SUV supaya pandangan penonton tidak terhalang.

Menurut pengarah penganjur, MD Event Asia, Jack Gill,
“As for the list of movies, we have identified a few movies but nothing is confirmed yet. Because we want to pick the right type of movies that people would go watch over and over again. There are certain types of movies that we identified that people will actually go and watch again and again.”

Katanya lagi, M-Junction nanti pastinya akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, faktor cuaca juga menjadi salah satu cabaran bagi penganjur dan sekiranya ada waktu di mana cuaca tidak mengizinkan, tayangan pada hari itu akan terpaksa dibatalkan.

M-Junction Drive-In Cinema yang bakal dilancarkan pada 28 Julai ini dikhabarkan akan beroperasi selama tiga bulan akan datang.

Untuk mendaftar dan membuat tempahan, layari laman rasmi M-Junction.

Sumber: Malay Mail