Lupakan ‘Telco’ Lain, Ini Pelan ‘Postpaid’ Paling Berbaloi Sekarang

Dulu, U Mobile ada Giler Unlimited HERO yang menampilkan harga murah dan kuota besar, bahkan juga tanpa had. Zaman dah berubah, U Mobile dah maju. Sekarang, mereka mahu naik taraf dan tawarkan pakej pascabayar yang bukan sekadar murah dan kuota besar tetapi juga meliputi aspek lain. Dah 2022, apa barang setakat kuota saja besar?

Sahabat, ini bermaksud pelan baharu U Postpaid ini hadir dengan harga yang kekal berpatutan untuk kuota internet pantas yang besar, data perantauan global percuma di 63 destinasi, tawaran peranti 5G terkini dengan 0% ansuran dan pakej keluarga yang tidak pernah tersedia pada pelan sebelum ini.

1000GB internet pantas yang bersedia sokong 5G


U Mobile telah perkenalkan pelan tanpa tandingan atau ‘Unbeatable’ mereka dinamakan U Postpaid. Dua pakej yang baru dilancarkan berharga RM68 dan RM98.



U Postpaid 68 pada harga RM68 datang dengan internet pantas setinggi 100GB sebulan manakala RM98 pula 1000GB. Anda tidak salah tengok, memang kuotanya sebesar 1TB macam hard disk di sebelah laptop anda.

Kesemuanya dilengkapkan dengan panggilan domestik percuma tanpa had. Ia memang cukup besar tapi U Mobile tidak mahu berhenti setakat ini saja dalam menjadi penyedia pascabayar terbaik. Oh ya, kuota data sebesar ini juga hadir dengan kelajuan internet tanpa had.

Data perantauan 15GB percuma di 63 destinasi




Menariknya, anda juga diberi kuota ‘roaming’ sebanyak 15GB jika berada dia 63 destinasi terpilih. Ini bermakna anda ada 15GB percuma untuk digunakan di luar negara termasuk UK, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Australia, China. Sempadan dah buka, semua dah bersedia terbang sini-sana.

Bukan hanya internet, tapi anda boleh menjawab panggilan secara percuma ketika berada di negara-negara tersebut. Kedua-dua ciri tersedia sewaktu anda luar negara ini tersedia automatik tanpa perlu bayaran tambahan.


Boleh beli telefon baharu dengan ansuran 0%


Bab peranti pula, anda boleh mendapatkan pelbagai peranti daripada kelas andalan mahupun pertengahan dengan U PayLater yang ada ansuran 0% atau U SaveMore yang bolehkan anda beli peranti tanpa bayaran pendahuluan.

Pengguna juga boleh pilih antara kontrak 12 bulan sehingga 24 bulan. Dengan U Pay Later misalnya, antara peranti tersedia ialah Samsung Galaxy S22 Ultra (RM192/bulan), iPhone 13 Pro Max (RM181/bulan), vivo x80 Pro (RM166/bulan).


Tak suka makan seorang? Ajaklah kawan dan keluarga


Anda pasti terfikir, 1000GB dalam pakej U Postpaid 98 terlalu besar untuk ‘makan’ seorang. Jangan risau, anda boleh bahagikannya dengan ahli lain melalui U FamilyShare. Ia boleh disertai sehingga 6 talian keluarga, maka 1000GB ini akan dikongsi bebas oleh kesemua ahli.

Sesuai benar untuk anda yang sentiasa mengutamakan keluarga dan orang tersayang. Lagi seronok, bukan RM98 tetapi setiap talian dalam U FamilyShare hanya bayar RM38 sebulan untuk tawaran yang sama.


Pakej pascabayar serendah RM38 pun tersedia


Bajet rendah? Jangan lari dulu, ada yang kena poket anda. Pakej RM38 turut dihidangkan di mana anda boleh nikmati 30GB data pantas sebulan dengan panggilan tempatan percuma tanpa had.

Tentang rangkaian pula, tak perlu risau kerana semua pelan pascabayar ‘Unbeatable’ ini akan turut menyokong rangkaian 5G apabila U Mobile lancarkan kelak. Tak perlu tukar kad sim, tak perlu bayar lebih.

Apa tunggu lagi, terus ke laman web U Mobile untuk dapatkan butiran lanjut atau langgannya hari ini dengan klik di SINI.

**Artikel ini dibawakan oleh U Mobile