Lupakan iTunes - Servis Penstriman Apple Music Sudah Boleh Diakses Terus Dari Pelayar

Masih dalam peringkat beta.


Jika anda adalah pelanggan servis Apple Music, anda kini sudah boleh mengakses servis tersebut terus dari aplikasi pelayar web yang anda gunakan selain dari aplikasi iTunes.

Walupun ia masih pada peringkat beta, versi web Apple Music ini menyokong pelbagai aplikasi pelayar web selain Safari.

Cuma buat masa ini, pengguna hanya terhad mengakses lagu-lagu daripada Apple Music, selain beberapa radio yang terdapat di dalamnya. Ciri seperti Beats 1 dan beberapa kandungan utama lain masih  belum  tersedia buat masa ini.

Apple Music adalah servis penstriman muzik yang ditawarkan Apple kepada para pengguna produk-produk keluaran Apple, sistem operasi Windows menerusi aplikasi iTunes dan juga pengguna peranti Android.

Apple music ditawarkan secara percuma untuk tempoh sebulan bagi pertama kali pengaktifan dan bayaran komitmen bermula dari RM6.90/bulan (bagi pelajar) atau RM14.90/bulan bagi individu.

Untuk info lanjut, sila layari laman Apple Music Malaysia.