Lumzag - Beg Pintar Yang Boleh Dijadikan Powerbank Untuk Laptop

Teknologi yang semakin maju kini, menjadikan pasaran penuh berdaya saing dengan pelbagai jenis produk yang mempunyai ciri multifungsi dan reka bentuk yang menarik.

"Lumzag Smart Bags" merupakan satu inovasi baru yang mempunyai 7 ciri pintar, dan menggunakan bahan yang bermutu. Beg ini mungkin dapat memenuhi ciri-ciri yang anda inginkan dalam sesebuah beg.

Tiada lagi masalah kekurangan beteri telefon, kerana "Lumzag Smart Bags" disertakan dengan pengecasan tanpa wayar dan dalam masa yang sama, anda boleh mengecas komputer riba dengan "power bank" 10,000 mAh kuasa serta mengecas Airpod menggunakan petak khas di dalam beg.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Selain itu, "Lumzag Smart Bags" juga menyokong ciri menjejaki barangan anda. "Lumzag Smart Bags" menyediakan pelekat yang boleh anda lekatkan di barangan anda dan hidupkan notification alert di aplikasi Lumzag. Apabila barangan tersebut tiada di dalam beg, maka aplikasi Lumzag akan memberitahu anda.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Walaupun dalam keadaan gelap, anda masih boleh mengambil atau melihat barang yang ada dalam beg "Lumzag Smart Bags" kerana, beg ini disertakan dengan lampu LED. Lampu ini jugak akan bertukar secara automatik sekiranya anda membuka beg dalam keadaan gelap.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Aplikasi Lumzag akan menghantar notifikasi kepada telefon anda, sekiranya ada yang cuba membuka atau mencuri "Lumzag Smart Bags". Ia juga akan mengaktifkan penggera yang paling kuat sekiranya, "Lumzag Smart Bags" tersebut berada pada jarak maksimum yang anda telah tetapkan dalam aplikasi. Tetapi anda perlu mengaktifkan mod keselamatan terlebih dahulu.

Di samping itu, sekiranya "Lumzag Smart Bags" anda dicuri. Anda boleh mengesan keberadaan beg tersebut dengan menggunakan penjejak "GPS" yang telah dibangunkan oleh Lumzag sendiri dan tanpa perlu menggunakan data.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Melalui "Lumzag Smart Bags" anda boleh melihat apa yang berada di belakang melalui aplikasi Lumzag kerana, beg ini dilengkapi dengan kamera. Selain melihat apa situasi yang ada dibelakang anda, ia juga boleh digunakan untuk menangkap gambar dan merakam video.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Fungsi yang terakhir ialah boleh mengakses internet di serata dunia. Lumzag membuat sim kad yang memberi anda peluang untuk mengakses internet di mana-mana sahaja dengan sambungan wifi serta harga yang lebih murah.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Fungsi yang dilengkapkan dalam "Lumzag Smart Bags" ini mampu untuk menarik perhatian umum dan sedar akan keberadaanya di pasaran.

https://youtu.be/N_72BP4pdmo

sumber: Indiegogo