Lubang Ozon Di Antartika Kembali Dengan Saiz Yang Lebih Besar


Agensi Angkasa Eropah (ESA) mendedahkan, saiz lubang ozon di Antartika telah kembali. Lebih memburukkan keadaan, saiz lubang itu didakwa menjadi lebih besar bagi tempoh 3 bulan tahun ini iaitu dari bulan Ogos hingga Oktober 2020.

Saiz lubang ozon itu dikatakan bersaiz 9.6 juta batu persegi atau bersamaan dengan 25 juta kilometer persegi pada awal bulan Oktober.

Bukan sekadar saiz lubang yang besar, ESA juga mendakwa lubang itu adalah yang terdalam pernah direkodkan setakat ini.

Our observations show that the 2020 ozone hole has grown rapidly since mid-August, and covers most of the Antarctic continent – with its size well above average. What is also interesting to see is that the 2020 ozone hole is also one of the deepest and shows record-low ozone values." Diego Loyola, saintis dari Pusat Angkasa Lepas Jerman.

 

ESA telah terlibat dengan aktif memerhati perubahan yang berlaku pada ozon bumi sejak sekian lama. Tetapi dengan pelancaran satelit Copernicus Sentinel-5P yang berfungsi secara khusus memonitor keadaan atmosfera bumi, ia mampu mengesan perubahan yang berlaku pada gas atmosfera pada kadar yang tepat.

Sekaligus membantu saintis memperoleh data yang tepat terus dari satelit yang berada di angkasa lepas.

Para saintis kini sedang berusaha untuk memulihkan lapisan ozon bumi dengan memberikan kesedaran sejagat menerusi penguatkuasaan pengharaman ke atas bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan lapisan ozon.

Saintis berharap ozon bumi akan kembali pulih sekitar tahun 2050 nanti.