Lord Of Fire Kembali Semula Ke Pasaran Sebagai Note 7 Fan Edition- Penurun Saiz Bateri Dan Harga

Apabila Samsung menarik semula Galaxy Note 7 daripada pasaran tahun lepas akibat kes letupan yang telah diketahui umum, ramai peminat dan pemilik peranti tersebut berasa sedih dan kecewa. Samsung telah berjanji akan membawakan kembali peranti ini ke pasaran dengan beberapa perubahan terutamanya pada bahagian bateri.

Nampaknya Samsung berpegang pada janji mereka tetapi setakat ini, ianya hanya boleh didapati di Korea.  Galaxy Note 7 edisi khas peminat (Fan Edition) dibina dengan menggunakan bahan kitar semula daripada peranti Note 7 yang sedia ada.



Bateri Note 7 FE dikecilkan kepada 3200mAh, yang didakwa mereka telah menjalani beberapa ujian ekstrem supaya kejadian lampau tidak berulang. Selain daripada bateri, Samsung juga telah membuang logo jenama mereka di bahagian depan dan mengubah ke bahagian belakang telefon.



Galaxy Note 7 FE ini dijalankan dengan Android Nougat bersama fungsi Bixby. Selain daripada itu, semua spesifikasi model 'baru' ini adalah sama seperti yang dibawakan oleh Galaxy Note 7 sebelum ini. Paparan Super AMOLED 5.7 inci dengan lengkung di kedua-dua sisi bersama ruang untuk S-Pen.



Cip pemprosesan Exynos 8890, kada kelajuan 2.4GHz lapan teras bersama RAM bersaiz 4GB dan 64GB storan dalaman. Kamera pula 12-Megapiksel f/1.7 26mm bersama penstabilan imej optikal.

Menurut Samsung, mereka mahu menjual sebanyak 400,000 unit di pasaran Korea sebelum dipasarkan ke negara lain. Note 7 FE akan mula dijual pada 7 July ini dengan pilihan warna Black Onyx, Blue Coral, Gold Platinum, dan Silver Titanium pada harga USD611 (RM2625) tidak termasuk kos lain-lain, 30% penurunan harga.

Amacam?