Lonely Planet Yang Terkenal Dengan Buku Pelancongan Dan Pengembaraan Memperkenalkan Trips, Aplikasi Seakan Instagram

Lonely Planet telah melancarkan satu aplikasi seakan-akan Instagram yang dipanggil Trips.

Fotografi di tempat percutian sentiasa menjadi komoditi hangat di internet dimana pengguna akan memuat naik gambar-gambar menarik di tempat percutian mereka.

Trips disasarkan kepada mereka yang suka mengembara dan akan menjadi platform mereka untuk tujuan itu.

Aplikasi kedua dari Lonely Planet ini akan ditawarkan di iOS dan versi Android akan dikeluarkan akhir tahun ini.

Susun atur aplikasi ini memang kelihatan seperti Instagram tetapi aplikasi ini memfokuskan kepada 'perjalanan' pengguna.

Setiap kiriman akan berkenaan sebuah perjalanan tersebut dan membolehkan pengguna mengubahsuainya dengan meletakkan imej muka depan dan juga tajuk perjalanan malah peta yang dikunjungi.

Sumber