Logitech G Kemaskini Aksesori Mereka Dengan Pelbagai Pilihan Warna Melalui Color Collection

Dalam dunia gaming, kebanyakan aksesori dilancarkan dalam warna putih, hitam atau mungkin kelabu. Namun, Logitech G kali ini membawa satu kelainan dalam barisan aksesori gaming mereka.



Logitech G baru-baru ini melancarkan Color Collection iaitu aksesori yang mempunyai empat warna dan terdapat dalam mouse dan headset terbaru mereka, Logitech G733.



Logitech G733 merupakan headset tanpa wayar yang seberat 278g. Ia boleh dimainkan sehingga 29 jam untuk satu pengecasan penuh dengan jarak sehingga 20 meter dari peranti hos.

Ia menampilkan pencahayaan Lightsync RGB dwi-zon menghadap ke depan yang boleh disesuaikan dengan lebih dari 16 juta warna. Terdapat mikrofon yang boleh dicabut dengan teknologi Blue VO!CE yang menjadikan suara anda lebih jelas dan lebih profesional.



Tambahan lagi, ia hadir dalam empat warna iaitu putih, hitam, biru dan lilac. Selain itu, Color Collection ini juga terdapat dalam mouse mereka yang sedia ada iaitu Logitech G103 dan Logitech G304.



Logitech G733 ini diletakkan pada harga RM 699. Untuk mouse Logitech G103 dan Logitech G304 pula masing-masing dijual pada harga RM 109 dan RM 245. Semua produk ini akan tersedia pada September 2020.