Lmall.my dilancarkan semula

Syarikat yang memiliki Lelong.my, Interbase Resources Sdn Bhd(IRSB) baru-baru ni telah melancarkan semula Lmall (Lmall.my) yang hanya akan menawarkan produk 100% asli kepada pelanggan mereka.



 

Pengasas bersama dan Pengarah Urusan IRSB, Richard Tan berpendapat bahawa pelancaran semula Lmall ini hanya lah permulaan bagi satu tahun yang akan menjadi tahun yang memberansangkan bagi penggiat e-dagang di negara ini. Lmall yang menawarkan lebih dari 100 jenama terkemuka seperti Nestle, Borsch dan Acer selain dari kualiti produk yang terjamin dan servis penghantaran yang pantas dijangka akan menjadi pemangkin kepada pasaran e-dagang di Malaysia.



 

Richard berpendapat, tahun 2018 akan terus menjadi tahun yang lebih menarik untuk perniagaan atas talian selepas prestasi yang amat baik sepanjang tahun lepas. Dan sebagai syarikat gergasi dalam industri e-dagang di negara ini, syarikat IRSB mahu menjadi pihak yang bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf ekonomi digital Malaysia ke arah yang lebih tinggi pada masa hadapan.



Selain daripada menjanjikan produk 100% asli, Lmall juga akan membantu penggiat e-dagang tempatan dalam mempromosikan produk-produk keluaran dalam pasaran mereka. Antara bantuan yang boleh diberikan oleh Lmall selain menyediakan pasaran niaga untuk peniaga tempatan ialah dari segi membantu usahawan untuk mengemaskini dan mengubahsuai kedai dalam talian mereka agar bersesuaian dengan identiti produk yang dijual. Tambahan lagi, mereka turut akan berkongsi maklumat berkenaan tingkah laku pembeli dengan peniaga melalui Google Analytics dan Facebook Pixels agar lebih mudah untukĀ  mereka memahami kehendak pelanggan.

Sumber