Litar Sepang Saksi Pelancaran Siri vivo X80 5G, Harga Bermula RM3,499.00

Sebentar tadi telah berlangsungnya pelancaran model terbaru telefon pintar flagship paling berkuasa vivo untuk pasaran tempatan iaitu siri vivo X80.




vivo X80 dikuasakan oleh cip pemprosen MediaTek Dimensity 9000 + vivo V1, RAM12+4GB, storan 256GB, skrin AMOLED bersaiz 6.78 inci dengan kadar segar 120Hz dan bateri berkapasiti 4500mAh yang menyokong pengecas pantas (FlashCharge) 80W.

Kapsyen: Skrin siri vivo X80 menyokong ciri imbasan cap jari.


Istimewanya vivoX80 ini adalah kamera utamanya menggunakan lensa berkuasa 50MP dari ZEISS, kamera ultra lebar 12MP serta kamera potret 12MP.

Sementara kamera swafotonya pula adalah 32MP.

Jika vivo X80 belum cukup untuk anda, vivo menawarkan telefon pintar paling berkuasanya bagi siri ini iaitu X80 Pro.

Spesifikasi lain X80 Pro adalah hampir sama sahaja dengan siri X80.

Kapsyen: Pengurus Produk vivo X80, Florence Hung.


Tetapi bagi model X80 Pro, ia dikuasakan oleh cip pemprosesan paling berkuasa dan terkini untuk telefon pintar Android iaitu Snapdragon 8 Gen 1 + vivo V1.

Malah bagi model vivo X80 Pro, ia menyokong ciri pengecasan pantas tanpa wayar 50W serta dilengkapi dengan 4 kamera.



Kamera utamanya menggunakan lensa 50MP dan 48MP dari ZEISS, 12MP lensa potret (dengan gimbal) dan kamera periskop 8MP yang berupaya merakam imej sehingga 60 kali zoom.

Kamera swafoto vivo X80 Pro juga menggunakan lensa 32MP.

Kapsyen: Kamera utama siri vivo X80 menggunakan lensa dari ZEISS.


Siri vivo X80 tersedia dengan sistem operasi Android 12 serta Funtouch OS 12

Ia juga hadir dengan pengecas pantas di dalam kotak.

Siri vivo X80 ia ditawarkan dalam 2 warna pilahan menarik iaitu Urban Blue dan Cosmic Black.

X80 Pro pula hanya ditawarkan dalm warna Cosmic Black sahaja.



Siri vivo X80 ini sudah pun boleh di pra tempah bermula hari ini, 8 Mei 2022 sehingga 13 Mei 2022.



Harga jualan rasmi bagi vivo X80 5G adalah RM3,499.00.

Sementara bagi vivo X80 Pro 5G pula adalah RM4,999.00.

Untuk spesifikasi penuh siri vivo X80 ini, layari pautan https://www.vivo.com/my/products/x80pro

(Tiada pilihan saiz storan ditawarkan, siri vivo X80 hanya hadir dalam saiz 256GB sahaja untuk pasaran Malaysia).
Klik pautan di bawah untuk beli.

Shopee - https://invol.co/clapj0i
Lazada - https://invol.co/clapj0p