Liputan The International 2018 Dalam Bahasa Malaysia Oleh Tamago dan eGG Network

The International 2018 merupakan pertandingan permainan Dota 2 yang menampilkan pasukan-pasukan terbaik dunia yang akan berentap bagi merebut Aegis dan hadiah melebihi RM 100 juta.

Buat pertama kalinya, Astro menerusi aplikasi Tamago dan rangkaian eGG akan memaparkan pertandingan berprestij tersebut bersama pengulas tempatan.

Peminat Dota 2 tempatan boleh menyaksikan perlawanan secara langsung di aplikasi Tamago yang akan disiarkan setiap hari pada pukul 12 pagi. Antara selebriti pengulas terkenal adalah:



  • CortX Said Za

  • Flava

  • Hana Wispie

  • Janda Hunter 

  • Lin LP

  • Afiq Resul

  • Amirul Protoblade

  • Badd Jom Gaming

  • Bryan Chin

  • DotaOnthego

  • Icybaby12

  • Isa Mimj

  • Xero Dawei

  • Danelie Purdue


Untuk memuat turun aplikasi Tamago, sila layari pautan di bawah melalui sistem operasi telefon pintar masing-masing:

iOS

Android

Desktop

The International 2018 akan berlangsung dari 16 Ogos hingga 19 Ogos (peringkat kumpulan) dan 21 Ogos sehingga 26 Ogos 2018 (acara utama). Anda juga boleh pergi ke saluran eGG network saluran 808 di Astro.