Liputan 4G Unifi Mobile Akan Dipertingkatkan Melalui Kontrak Dengan Celcom

Sebagai langkah meningkatkan lagi rangkaian 4G untuk pelanggan mudah alih, Telekom Malaysia berhad telah memberikan kontrak kepada Celcom.

Melaluinya, Celcom akan menyediakan 4G MOCN (Multi Operator Core Network) kepada webe Sdn Bhd yang mengendalikan perkhidmatan Unifi Mobile.

Ia juga merupakan pelengkap kepada perkhidmatan perayauan domestik (DR) 2G dan 3G sedia ada bersama Celcom.

Kontrak tersebut akan berlangsung dalam tempoh 3 tahun iaitu sehingga Februari 2022. 4G MOCN merupakan teknologi perkongsian rangkaian alternatif yang membolehkan pengguna Unifi Mobile membuat perayauan dalam rangkaian Celcom.

Dengan ini, ia dapat meningkatkan lagi lipuatan rangkaian 4G untuk pengguna Unifi Mobile dan dalam masa yang sama, webe akan terus memperluaskan lagi liputan 4G mereka.

Sumber: Bernama