Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian Maxis Dan Celcom Adalah Yang Terbaik Berdasarkan Laporan Opensignal

Liputan 4G Di Malaysia Sudah Capai Sasaran Fasa Pertama JENDELA

Diterbitkan Mac 9, 2022 oleh ariff bukhari

Menerusi kenyataan media bersama, 4 pengendali rangkaian mudah alih di Malaysia iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd enayatakan bahawa mereka telah berjaya memperluaskan liputan 4G di Malaysia kepada 96.9% setakat ini.

Pencapaian itu sekaligus mencapai sasaran yang ditetapkan menerusi pelan JENDELA di mana rancangan untuk meningkatkan liputan 4G dari 91.8% kepada 96.9% dari tahun 2020 hingga 2022 telah mencapai sasarannya.

Selain daripada meningkatkan liputan 4G, Pelan JENDELA yang masih lagi dalam fasa pertamanya turut mensasarkan untuk meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih dari 25 Mbps kepada 35 Mbps.

Dalam tempoh fasa pertama ini juga mensasarkan 83% premis di seluruh negara akan mendapat akses untuk jalur lebar tetap dengan kapasiti gigabit serta menamatkan rangkaian 3G dan menaik taraf rangkaian 4G serta gentian optik.

Fasa ke-2 Pelan JENDELA pula akan bermula pada tahun 2023 dan berakhir pada 2025 nanti di mana disasarkan liputan 4G di Malaysia mencapai tahap 100% dan kelajuan jalur lebar mudah alih mencapai kelajuan 100 Mbps.

Sumber: Bernama, JENDELA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY