LinkedIn Sekali Lagi Paling Banyak Ditiru Untuk "Phishing"

Menurut laporan Brand Phishing Report Q2 2022 oleh Check Point Research (CPR), LinkedIn terus menjadi platform yang paling banyak ditiru selepas kali pertama tersenarai pada suku pertama.

Rangkaian sosial secara amnya terus menjadi kategori yang paling ditiru, diikuti oleh jenama teknologi, Microsoft, yang mengambil alih tempat kedua.

Microsoft membentuk 13% daripada semua percubaan pancingan data (phishing), lebih daripada dua kali ganda jumlah pada suku sebelumnya dan menolak DHL ke tempat ketiga dengan 12%.

Turut dilaporkan beberapa jenama baharu yang memasuki 10 teratas iaitu Adidas, Adobe, dan HSBC.

linkedin Kapsyen: Contoh e-mel berniat jahat yang dihantar dengan subjek "LinkedIn Notice!!!"


Gaya pancingan data berasaskan LinkedIn biasanya meniru cara komunikasi sama melalui e-mel dengan menggunakan subjek seperti:

  • "You appeared in 8 searches this week"

  • "You have one new message"

  • "I'd like to do business with you via LinkedIn."


Walaupun nampak seperti daripada LinkedIn, mereka menggunakan alamat e-mel yang berbeza sama sekali dengan platform tersebut.

Kapsyen: Contoh e-mel phishing dengan subjek "Incoming Shipment Notification"


Kapsyen: Contoh e-mel 'phishing' Amazon dengan subjek "Your amazon account verification"


Berdasarkan laporan yang diberikan, berikut ialah 10 jenama yang paling banyak direkodkan untuk percubaan pancingan data:

  1. LinkedIn (45%)

  2. Microsoft (13%)

  3. DHL (12%)

  4. Amazon (9%)

  5. Apple (3%

  6. Adidas (2%)

  7. Google (1%)

  8. Netflix (1%)

  9. Adobe (1%)

  10. HSBC (1%)


Sumber: Siaran akhbar Check Point Research