LinkedIn Perkenal Pelbagai Ciri Baharu - Integrasi Panggilan Video, Fungsi 'Stories'

LinkedIn kini mengumumkan rekaan baharu LinkedIn bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna. Antaranya termasuk fungsi Stories, integrasi panggilan video, butang carian yang ditambahbaik dan sebagainya. LinkedIn juga menyatakan mod gelap akan diperkenalkan pada masa akan datang.



Di bahagian butang Search, LinkedIn telah menambah filter seperti People, Jobs, Posts, Company, Event dan lain-lain bagi memudahkan penggguna membuat carian dengan lebih baik.



Bagi fungsi Stories, ia bukanlah perkara baharu dalam aplikasi media sosial. Stories merupakan antara format popular bagi perkongsian kandungan oleh pengguna internet. Kini, LinkedIn turut memperkenalkan Stories bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk membuat perkongsian.

LinkedIn Stories

Sebelum memperkenalkan ciri ini, LinkedIn turut menjalankan beberapa ujian bagi memastikan ia sesuai digunakan dalam konteks profesional.

Selain itu, LinkedIn juga mengumumkan integrasi panggilan video. Dengan itu, pengguna boleh memulakan panggilan video di Teams, BlueJeans atau Zoom secara terus dari Messaging.



Dalam pada itu, rekaan dengan ciri baharu ini telah dilepaskan bermula hari ini dan akan tersedia kepada semua dalam beberapa minggu lagi.

Sumber: LinkedIn