LinkedIn Kini Berwajah Baru

LinkedIn sebuah laman web sosial profesional harini telah mengumumkan penstrukturan semula rekaan (untuk destop sahaja). Syarikat yang dipegang oleh Microsoft itu akan mula mempamerkan wajah baru dalam masa terdekat ini. Ianya merupakan 'redesign' yang terbesar semenjak ianya diperkenalkan.

Jika dilihat wajah baru LinkedIn sedikit sebanyak menyerupai Facebook. Rekaan lama LinkedIn sebelum ini bagi pandangan penulis sendiri agak serabut, tidak kemas dan banyak email spam. Wajah baru LinkedIn ini sememangnya di alu-alukan dan sudah tiba masanya LinkedIn 'step-up their game'.

Penulis sendiri masih belum mencuba sendiri pengalaman menggunakan LinkedIn berwajah baru ini kerana ianya belum tiba di Malaysia ketika ini. Namun, ianya nampak lebih pintar, 'use-friendly, dan sudah tentu lebih pantas. Bahagian "Profile Suggestion" juga diberi penambah-baikkan.

Anda boleh lihat video rasmi dari LinkedIn di bawah untuk melihat wajah baru LinkedIn.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=hi6x2nwLXHc[/embed]

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=7HxTbY26Qs4[/embed]

Sumber: TheVerge, Engadget