Lindungi Kandungan "Hardisk" Anda dengan Kata Laluan

Perlindungan data daripada kecurian adalah menjadi kemestian mutakhir ini, walaupun ianya disimpan diluar talian. Kepada anda yang menyimpan pada cakera keras luaran berikut kami kongsikan cara untuk melindungi peranti tersebut daripada diceroboh.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memuat turun aplikasi StorageCrypt, boleh sahaja menggunakan pautan berikut.

StorageCrypt




Langkah seterusnya

  1. Buka aplikasi StorageCrypt yang telah siap dipasang

  2. Sambungkan cakera keras

  3. Pilih peranti tersebut pada menu Choose Your Drive

  4. Pilih Quick encryption pada menu Encryption Mode. Anda juga boleh memilih Deep encryption untuk perlindungan yang lebih selamat.

  5. Pilih Full pada Portable Use

  6. Akhir sekali masukkan kata laluan sebanyak dua kali dan tekan tombol Encrypt sehingga keluar bunyi Bleep. Selesai, cakera keras anda sekarang sudah dilengkapi dengan kata laluan.


Untuk membuang kata laluan tersebut, cari fail bernama SClite.exe di dalam folder SClite. Jalankan aplikasi tersebut dan masukkan kata laluan dan klik Decrypt untuk menghilangkan tetapan kata laluan yang telah ditetapkan.

 

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan