Lima Projek Tak Masuk Akal Yang Mendapat Tajaan Orang Ramai

Crowdfunding merupakan satu platform di mana individu atau sekumpulan orang meminta bantuan kewangan dari individu lain demi mencapai matlamat mereka.

Teknik ini telah banyak digunakan untuk mewujudkan peluang bagi berjuta-juta orang, untuk membiayai teknologi canggih serta menyokong usaha seni sendiri. Malangnya, tidak semua idea yang dipersembahkan boleh direalisasikan. Ini kerana ada idea yang tidak logik dan ramai juga netizen yang pernah tertipu dengan idea yang dipersembahkan.

Berikut adalah lima projek crowdfunding paling aneh dan boleh dikatakan tak masuk akal yang pernah mendapat tajaan orang ramai:
1. Salad Kentang

lima projek aneh tak masuk akal

Boleh dikatakan ini adalah kempen crowfunding yang paling aneh yang pernah ada. Pada tahun 2014, Zach 'Danger' Brown di Ohio memutuskan untuk mengumpulkan dana bagi salad kentang pertamanya.

Matlamat asalnya untuk mengumpul hanya US$10 (~RM42.66) bertukar menjadi US$55,492 (~RM236,701) telah menjadi viral di seluruh dunia.

Sebagai balasan, Zach telah berjanji untuk mengucapkan terima kasih sambil membuat sald kentang, membuat buku resepi, membuat baju, dan juga membuat topi.
Setelah mengumpulkan jumlah yang tidak masuk akal, dia menggunakan dana untuk mengadakan 'pesta salad kentang'  dan menderma dengan murah hati kepada badan-badan amal tempatan.

2. Kepala Mumia

lima projek aneh tak masuk akal

Viktor Wynd Museum of Curiosities di London telah memulakan kempen crowdfunding pada tahun 2016 untuk membeli kepala mumia.

Kempen yang dihoskan oleh Indiegogo, mensasarkan sebanyak £6,666 untuk membeli kepala mumia seorang budak lelaki yang berusia 1,000 tahun dari Chimú di Peru.
Setelah banyak kontroversi dari komuniti arkeologi, kempen tersebut hanya mengumpulkan sepertiga dari jumlah sasaran. Sebilangan hadiah merangkumi - minuman dari tengkorak manusia sejati, tulang zakar walrus dan beruang teddy berkepala dua.

3. Kepala Lionel Richie

lima projek aneh tak masuk akal

Pada tahun 2013, Hungry Castle, kolektif seni yang berpusat di Barcelona telah memulakan kempen di Kickstarter mengumpul dana untuk membeli kepala kembung penyanyi ikonik, Liomenl Richie. Lebih dari US$8,000 (~RM34,124) berjaya dikumpulkan dan telah dilancarkan di festival Bestival di UK.
4. Burrito Ayam

Pelajar reka bentuk grafik, Noboru Bitoy melancarkan Kickstarter untuk mengumpul US$8 (~RM34) untuk membeli burrito ayam dari Chipotle. Dia berjanji akan memakan burrito tersebut dan memberi penilaian pada "Graf Kelazatan."

Tentunya dia berjaya, dimana dana terkumpul melebihi US$1,000 (~RM4,265), menjadikan kadar kejayaannya 13,000% dari sasaran asal. Bitoy kemudian menilai 24 kombinasi burrito ayam yang terdapat di Chipotle dan memakan burrito sambil melakukan skydiving.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Rr8a_L7Pdgk&feature=youtu.be[/embed]
5. Kad Ulang Tahun Prank 

lima projek aneh tak masuk akal

Sumber: Indiegogo

Travis dan Nick Peterson telah mereka sejenis kad ulang tahun yang memainkan muzik (lagu ulang tahun) apabila kad dibuka. Walau bagaimanapun, berbeza dari kad yang lain, muzik pada kad ini hanya akan berhenti jika ia rosak atau baterinya mati. Disebabkan itulah, ini adalah kaedah paling mudah untuk digunakan sebagai prank pada hari lahir orang tersebut.

Sumber: TechCrunch dan Guff