Lima Permainan Video Yang Kami Rasa Perlu Dibangun Semula

Jika diperhatikan pada hari ini, semakin ramai ibu bapa yang membeli sokongan untuk anak-anak kecil mereka bermain permainan video.

Selain ia boleh menjana pendapatan, salah satu alasan lain pada perkara itu ialah bapa(atau sebahagian ibu) mereka juga ialah penggemar permainan video satu masa dulu.

Golongan ini kebanyakan berusia 20-an atau 30-an hari ini dan jika ditanya, sebahagian besar daripada mereka pasti mempunyai permainan video kegemaran masing-masing satu ketika dulu.

Itu jugalah yang menjadi penyebab banyak pengeluar mula membangunkan semula atau "remaster" permainan-permainan generasi terdahulu pada konsol generasi kini.

Antara permainan remaster yang popular sudah tentunya permainan Crash Bandicoot dan COD: Modern Warfare.

Namun, masih banyak lagi permainan video popular yang kami rasakan perlu untuk di-"remaster".

Grand Theft Auto(GTA): San Andreas

Kapsyen: Steam Community


San Andreas boleh dianggap sebagai siri permainan GTA yang paling popular dan mendapat permintaan ramai untuk dibangunkan semula.

Mengambil bandar Los Angeles sebagai persekitaran permainan, permainan ini menceritakan kehidupan Carl Johnson atau CJ sebagai watak utama.

Command & Conquer: Red Alert 2



Permainan ala perang dunia ini telah dibangunkan oleh Westwood Studios pada tahun 2003. Pada tahun lepas, pihak EA telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan versi remastered 4K bagi siri Command & Conquer mereka.

Bagaimanapun, mereka dikatakan akan bermula dengan siri Tiberium sebelum ke siri Red Alert. Saya harapkan mereka akan membangunkan Red Alert 2 tanpa mengubah apa-apa dari segi gaya permainan kerana ia sudah sempurna bagi saya.

Metal Gear Solid

Kapsyen: ResetEra


Bagi saya, ini adalah permainan jenis "storytelling" terbaik yang dihasilkan bagi konsol PlayStation One dahulu. Bermain sebagai Solid Snake, pemain perlu menghentikan rancangan jahat yang dirancang oleh FOXHOUND, pasukan khas yang belot.

Antara babak yang paling saya ingat ialah di mana saya perlu menukar port alat kawalan dari P1 ke P2 bagi mengelak watak bos, Psycho Mantis dari membaca pergerakan saya.

FIFA Street

Kapsyen: PlayStation


Tidak lengkap rasanya senarai ini tanpa permainan ala futsal gaya bebas yang digemari ramai ini. Bermain secara 4 vs 4, anda boleh mencipta karakter sendiri dan bermain untuk meningkat rating anda.

Paling mendebarkan apabila pihak musuh mendapat "GameBreaker" di mana sepakan pemain akan menjadi sangat berkuasa jika dilepaskan, hampir pasti ia akan menghasilkan jaringan.

Need For Speed: Underground

Kapsyen: Wccftech


Seberapa banyak pun permainan Need For Speed baharu diperkenalkan, Need For Speed: Underground sentiasa menjadi yang terbaik di hati saya, dan saya percaya ia juga sama bagi sebahagian daripada anda.

Jujur saya katakan, lebih banyak masa saya habiskan untuk mengubahsuai kereta berbanding berlumba.

Walaubagaimanapun, senarai permainan ini adalah pendapat peribadi kami sahaja.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah permainan "lama" yang anda idam-idamkan untuk dibangunkan semula? Seperti biasa, kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Berkaitan